بسم الله الرحمن الرحيم.
Wah, panas dengan
cerita “baiah talak”!
Pada 23/7/2015 Sinar
Harian melaporkan;
KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan
adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan
sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada
mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,”
katanya.
Beliau diminta mengulas isu sumpah bai’ah yang didakwa dilafazkan wakil
rakyat Pas Kelantan yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp.
Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar
sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah
Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada
isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang
terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.
Ahmad turut ditanya mengenai laporan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan mengumumkan pakatan baru pembangkang, tetapi tidak
melibatkan Pas.
Ahmad berkata, Pas tetap tidak akan berganjak (daripada pendiriannya)
kerana parti Islam itu adalah parti yang diterima rakyat dan (programnya) telah
terlaksana dengan jayanya.
“Saya tidak dapat lagi maklumat itu. Tetapi itu terpulanglah. Dalam sebuah
negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini (mereka boleh lakukannya), dan
jika ia diterima oleh pihak pendaftar,” katanya.
Ahmad hadir pada Majlis Ramah Mesra Mahasiswa yang turut dihadiri Exco
Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi
dan Ketua Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari.
Lebih 1,000 mahasiswa dari dalam dan luar negara hadir.
Sumber:Sinar Harian.
Cerita Presiden PAS;
(TGNA) umum utk letak jawatan MB dan ingin hijrah ke Mekah
Pada satu hari tahun 90, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ((TGNA) umum utk letak jawatan MB dan ingin hijrah ke Mekah. Beliau kecewa isu ahli parti yang lompat di kelantan.
Almarhum Ustaz Fadhil Nor arahkan saya dan cg Pa (Hj Mustaffa Ali), utk temui beliau..saya jumpa saya bacakn kisah Saidna Uthman Al Affan yang mengatakan aku tidak akan meletak jawatan, kerana amanah itu pakaianku.
Merah muka TGNA ketika itu, lalu beliau mengubah fikiran dan mencadangkan agar dibuat rukun baiah dan dicadangkan penambahan iaitu jatuh talaq isteri bila keluar jemaah. Kata almarhum, saya ada baca kitab Imam Hanafi membolehkanya. Saya kata tiada masalah, saya yang mengaji siasah syariah.
Inilah negeri kelantan, untuk menyelamatkan kerajaan negeri Islam.
Orang bertanya pada saya, saya menjawab inilah kehebatan Muslimah diangkat begitu tinggi sehingga begitu. Bukan sebarangan isteri ini di dalam perjuangan Islam.
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
19 Ogos 2015
Masjid Pengkalan Berangan Liqa Fikri
Pas Kawasan Marang
Sumber:Blog The Unspinners.
Kemudian pada 2/9/2015, jam 5.56 pm, dalam portal Astro Awani melaporkan;

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kuala
Krai, Dr. Hatta Ramli diminta merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam
isu bai'ah talak tiga yang dilafazkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,
kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.
Jelasnya, lafaz taklik yang dibuat Dr. Hatta itu terpakai sekali gus menganggap hubungan beliau dengan isterinya terbatal.
"Sudah jelas dalam lafaz bai'ah dan taklik sebelum ini mengatakan mana-mana pemimpin PAS Kelantan yang keluar parti dan menyertai parti lain, lafaz berkenaan akan terpakai secara automatik.
"Setiausaha Agung akan hantar surat kepada beliau yang dilampirkan bersama bai'ah yang diucap, menyatakan bahawa taklik yang telah disebut itu dengan sendiri terpakai dan kena daftar dengan Mahkamah Syariah," katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Katanya, Dr Hatta perlu merujuk cerainya dengan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan jika masih bersama dengan isterinya, ia dianggap salah dan sekaligus memberikan implikasi negatif.
PAS Kelantan menyerahkan kepada budi bicara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan untuk pertimbangan sewajarnya.
Ahmad pada masa sama turut menjelaskan, penubuhan parti baru itu tidak menjejaskan PAS sebaliknya menjadi seteru sekiranya parti itu bertanding di kerusi yang ditandingi atau diwakili oleh PAS.
Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini tidak boleh dianggarkan jumlah ahli PAS yang menyertai Amanah.

Beliau menyatakan pendirian, PAS Kelantan berpegang kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang menegaskan bai'ah yang disertakan dengan taklik menceraikan isteri dengan talak tiga itu, sah dan terpakai.
"Kita berpegang kepada pandangan Ketua Hakim Syarie yang nyatakan lafaz taklik itu berjalan apabila mereka keluar dan Ketua Hakim Syarie telah buat kenyataan supaya mereka terlibat itu mendaftar penceraian mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Dalam pada itu, Daud ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, permohonan pengesahan status Dr. Hatta boleh dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau ahli keluarganya.
"Itu dia terserah kepada dia sendiri bagaimana kedudukan dia dengan isteri dia macam mana,"
"Dia akan tanggung sendiri, atau
pihak lain yang mohon mengesah boleh, pihak keluarga isteri atau sesiapa
sahaja," ujarnya.
Hatta sebelum ini diumumkan sebagai antara ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan ditubuhkan 16 September ini.
Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baharu (HB) gugur secara automatik.

Pada jam 6.16 pm di hari
yang sama, balas Dr Hatta dalam Malaysia Kini;
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta
Ramli menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa beliau
kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya.
New Straits Times hari ini melaporkan, Ahmad mendakwa Hatta dengan
sendirinya bercerai talak tiga dengan isterinya kerana meninggalkan PAS dan
menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ahmad dilaporkan berkata, ia berikutan bai'ah yang pernah
dilakukan wakil rakyat PAS sebelum ini.
"Tak betul semua tu (cerai talak tiga)", kata
Hatta ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, dengan nada sinis, Hatta mengucapkan
'terima kasih' kepada pesuruhjaya PAS Kelantan itu kerana mengaturkan hidup
beliau.
"Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan
hidup saya. Tak ada apa pun.
"Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga
saya," kata Hatta yang juga bekas pengarah pilihan raya PAS itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai bai'ah yang pernah
dilakukan sebelum ini, Hatta enggan mengulas lanjut dan hanya berkata:
"Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu
(bai'ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa," ujarnya.
Sumpah bai'ah dilakukan oleh setiap wakil rakyat PAS yang
bertujuan untuk menghalang mereka dairpada melompat parti.
Dipercayai PAS setiap negeri mempunyai sumpah bai'ah
masing-masing dan yang paling kontroversi adalah di Kelantan dan Terengganu
yang memasukkan klausa perceraian.
Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga
pernah dilaporkan berkata, wakil rakyat parti itu yang gagal mematuhi sumpah
bai'ah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Hadi dilaporkan berkata, lafaz sumpah taat setia kepada
parti terkandung dalam bai'ah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi
calon atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah.
Isu sumpah bai'ah ini timbul ekoran beberapa wakil rakyat
PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah membentuk Gerakan
Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya menubuhkan parti baru, AMANAH.
Sumber:Malaysiakini.
Kemudian pada jam
8.26 pm di tarikh yang sama, Berita Harian melaporkan pula;
KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli
Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas
melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah
Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
Daud berkata, perkahwinan itu tidak
boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan
individu lain dan kemudian bercerai.
"Perkara itu berlaku berdasarkan
kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan
suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika
dihubungi, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan
terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.
"Sehingga kini, Dr Hatta dan
pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah
Syariah," katanya.
Sumber:Berita Harian.
Sumber:Berita Harian.
Jatuh atawa tak saya
tak tau dan tak campur sebabnya, lidah rasmi PAS, Harakah pernah melaporkan
pada 2009 dulu;
KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan
oleh pihak yang dengki kepada PAS.
Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.
“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.
Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.
PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.
Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.
"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.
"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.
PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.
Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.
Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.
Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sumber:Harakah.
Ada atau tak “baiah
talak” ni saya tak tau…itu kena tanya orang PAS. Kalau ikut kata arwah Datuk
Nik Aziz Nik Mat, tak dak apa yang diisukan “baiah talak” ni. Kalau ikut kata Ustaz
Ahmad Yaakob, isu “baiah talak” ni bukan main-main.
Ini betul-betul ka cobaan?..Wallahualam..semoga orang PAS dan orang PAN dapat selesaikannya dengan baik.
الله المستعان و عليه التكلان.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan