بسم الله الرحمن الرحيم.
DAP menyerang
kawannya, PAS ekoran PAS nak meneruskan hasrat melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2)
1993 atau hukum hudud dan qisas di negeri Kelantan.
Pelik tak? Ho, tak kot! Hairan tak?
Eh, apa yang nak dihairankan?
Kenapa tak
pelik tak hairan?
Kerana DAP
tu sekular. Dalam mukadimah Fasal 2 Matlamat-matlamat Perlembagaan DAP;
“Perlembagaan
Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip
demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak
asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan,
keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.”.
Matlamat
ke-2;
“2.
Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja
sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati
nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama
kepada setiap rakyat Malaysia;”.
Jelas DAP
tu sekular. Sekular tu apa?
KAMUS DEWAN
Edisi Ketiga muka surat 1213 mentakrifkan sekular;
sekular berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn
keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan
kehidupan ~; pendidikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau
pengetahuan yg bukan bersifat atau berkaitan dgn keagamaan;
mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis
Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam;
kesekularan keadaan sekular;
pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan
duniawi, sekularisasi.
sekularis orang yg menganut fahaman sekularisme.
sekularisasi pensekularan.
sekularisme faham (doktrin, pendirian, dsb) yg menolak nilai-nilai keagamaan dlm
kehidupan sosial manusia.
sekularistik bersifat (mengamalkan) sekularisme: apa jua bentuk pemisahan dan
pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan sikap ~.
Memang
logiklah bila DAP terus-terusan membantai PAS sebab ‘Hudud’. Bukankah UMNO pun
tolak ‘Hudud’?
Mengikut
maklumat yang ada, UMNO tak tolak ‘Hudud’ bahkan meminta supaya kajian terhadap
‘Hudud’ dibuat dengan lebih teliti lagi oleh PAS. Buktinya UMNO sokong ‘Hudud’
diteruskan di Kelantan. Dahulu Melayu berpecah kerana 'Hudud'. Semoga Melayu kembali bersatu kerana 'Hudud'.
الله المستعان وعليه التكلان.