Khamis, 8 Januari 2015

Naik turun naik.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Barang mahal. Cakap-cakap politik kata, minyak naik barang naik. Boleh percayakah? Dah sebulan lebih minyak turun 4 sen + 35 sen = 39 sen. Barang rasanya dok macam tu juga.
Harga barang bukan bergantung mana pun dengan minyak. Nak menaikkan harga barang tak nanti minyak naik. Bila-bila pun boleh ikut kehendak peniaga. Minyak naik hanya alasan untuk menaikkan harga barang.
Malangnya, perkara macam ni pun dijadikan modal politik oleh politikus-politikus. Kalau masa minyak naik minta turunkan minyak sebab nanti barang juga ikut naik. Lani minyak dah turun, barang tak turun-turun. Lagi pelik dikatanya minyak turun merugikan peniaga minyak pula. 
Pelik bin Ajaib. Masa minta turunkan minyak dulu tak fikirkah pasal peniaga minyak yang akan rugi? Itulah senario politik tanah air yang kerjanya asyik mencari salah. Semoga Allah Taala memberi kita hidayah dan inayah.

نستغفر الله العظيم
الله المستعان و عليه التكلان