بسم الله الرحمن الرحيم.
Istiadat pertabalan ini bukan satu
pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta. Beta amat sensitif akan aspek
perbelanjaan dan pada setiap kali disembahkan taklimat, beta memperingatkan
ahli-ahli jawatankuasa agar dipastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah
dihindarkan daripada berlaku.
Istiadat ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk memperingatkan kembali warga akan sejarah negara bangsanya yang
memiliki tamadun dan telah membina tamadun bangsa, berlandaskan adab -
bertiangkan adat.
Sebagai sultan yang telah dipilih
oleh mesyuarat Dewan ini pada 28 Mei 2014, beta wajib memenuhi tanggungjawab
untuk memelihara adab dan adat yang telah diwariskan turun-temurun sejak
daripada Sultan Perak yang pertama.
Setiap negara ada adabnya. Adab
melibatkan aspek-aspek moral, perilaku, perbuatan baik, kesantunan, kesopanan
dan kemanusiaan. Malah, kemajuan sesebuah negara bergantung pada warga yang
mengamalkan disiplin tinggi, kesusilaan terpuji, beradab sopan terhadap negara
dan menghormati lambang kedaulatan negara.
Setiap warga ada adatnya,
ditakrifkan secara umum sebagai satu aturan cara hidup, prinsip pegangan dan
kepercayaan yang timbul daripada pemikiran lalu mempengaruhi tingkah laku. Adat
adalah hukum norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Dalam bahasa Melayu lama, adat
sebenarnya merujuk kepada undang-undang yang merangkumi bidang sosial, politik,
ekonomi, malah undang-undang samudera. Hukum adat adalah hukum yang
berlandaskan kebiasaan turun-temurun. Kerana adat itu secara konvensyen
dianggap sebagai undang-undang, lahir pepatah dalam masyarakat Melayu, yang
sedia mati anak daripada mati adat. Pepatah ‘Biar Mati Anak, Asalkan Tidak Mati
Adat’ memperlihatkan masyarakat Melayu amat menghormati undang-undang.
Undang-undang sama sekali tidak akan
dikompromikan walaupun yang melakukan kesalahan itu adalah anak sendiri. Adat
ialah peraturan hidup, adat ialah gagasan kebudayaan. Masyarakat dan anggota
masyarakat yang menghormati dan menghargai adat adalah masyarakat dan anggota
masyarakat yang hidup bertatacara.
Adat berfungsi membentuk sebuah
masyarakat berdisiplin yang maju, dinamik dan progresif. Adat itu mencerminkan
jiwa dan keperibadian sesuatu masyarakat - jiwa dan keperibadian sesuatu warga
- jiwa dan keperibadian sesuatu bangsa.
Oleh itu, Istiadat Pertabalan Sultan
Perak XXXV ini adalah istiadat yang dianjurkan dengan tujuan untuk menziarahi
semula adab dan adat negeri beraja - rakyat bersultan, agar semangat kenegaraan
dan semangat ketatanegaraan dapat difahami, di apresiasi dan dihayati oleh
rakyat jelata.
Ia bukan istiadat semata-mata untuk
batang tubuh individu seorang Raja, tetapi ia adalah istiadat menabalkan raja
yang bertakhta, lambang kedaulatan negara - payung penyatuan warga; sementara
Raja Pemerintah pula turut diamanahkan dengan tanggung jawab sebagai pelindung
dan pemelihara (protector and custodian) kepada adab, adat dan budaya bangsa.
Raja yang ditabalkan itu adalah
pemegang watak utama untuk menghubungkan tradisi dengan modenisasi,
menghidupkan kembali sejarah dan keagungan tamadun bangsanya, yang telah
dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, mengandungi
komponen-komponen kekayaan sejarah, keagungan tamadun, kehalusan budi dan
keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan sebuah negara bangsa
yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif. Ia menjadi amat relevan,
bertambah relevan malah semakin relevan ketika masyarakat kini sedang
berhadapan dengan pelbagai perbuatan subversif budaya dan sabotaj budaya.
Kebelakangan ini, perbuatan mahu
mengetepikan adab malah memijak adat semakin kelihatan; perbuatan yang
dipelopori oleh kalangan yang buta huruf atau illiterate terhadap sejarah
negaranya, kalangan yang cetek tentang tamadun bangsanya, kalangan yang
berminda budaya pelarian, (refugee minded culture); minda yang terapung-apung,
minda yang tidak ada akar budaya lalu melanggar adab dan menyisihkan adat;
mengingatkan Beta kepada pantun Melayu lama:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
Terlalu mahal - terlalu berharga
untuk tamadun yang telah dibina dan tercatat dalam sejarah bangsa untuk boleh
dibenarkan dirompak, dirampas, dimusnahkan dan dinyahkan dari bumi bersejarah
ini kerana perbuatan yang dicetuskan oleh individu dan organisasi tertentu yang
longgar pegangan adatnya dan kosong fahaman adabnya.
Individu dan organisasi yang
cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya tidak boleh diajar tetapi bernafsu
besar untuk memperkenalkan orde baharu dan tatacara baharu; berkelakuan sumbang
tidak bertempat, mempromosikan budaya yang sangat asing dan bercanggah dengan
adat dan adab bangsa yang selama hari ini amat mengutamakan sifat santun dan
hormat serta suasana rukun lagi harmoni. Bangsa perlu disedarkan untuk menolak
perbuatan pencerobohan budaya yang semakin melanggar sempadan adab dan adat
daripada terus berlaku. Bangsa tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang tidak
bertamadun, miskin adab - papa adat.
Istiadat pertabalan ini adalah
peristiwa yang wajib diusahakan secara bersama untuk membina jati diri rakyat
daripada diresapi oleh racun-racun yang mahu memusnahkan tamadun bangsa.
Beta mentakrifkan acara-acara yang
Beta akan alami sepanjang istiadat pertabalan ini adalah acara-acara yang dapat
menyediakan ruang membawa Beta mengenali lebih dekat - lebih rapat majoriti
rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan, rakyat daripada pelbagai strata sosial
dan ekonomi, rakyat dari pelbagai agama, rakyat dari pelbagai kaum dan rakyat
daripada pelbagai lapisan usia.
Istiadat pertabalan ini hendaklah
dijadikan platform untuk rakyat disatukan dalam semangat kenegerian dan
kenegaraan, menerima dan menghormati perbezaan, sama-sama berazam untuk teguh
bersatu dalam kepelbagaian, membina negara bangsa yang bertamadun lagi
dihormati. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan mengurniakan rahmat dan
kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala
senantiasa memberikan hidayat, petunjuk dan panduan membolehkan Beta
menyempurnakan amanah dengan adil lagi saksama.
ٍSumber: Utusan Online.
Istiadat pertabalan ini
bukan satu pesta untuk bersuka-suka dan berpesta-pesta. Beta amat
sensitif akan aspek perbelanjaan dan pada setiap kali disembahkan
taklimat, beta memperingatkan ahli-ahli jawatankuasa agar dipastikan
elemen bermewah-mewah dan bermegah-megah dihindarkan daripada berlaku.
Istiadat ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperingatkan kembali
warga akan sejarah negara bangsanya yang memiliki tamadun dan telah
membina tamadun bangsa, berlandaskan adab - bertiangkan adat.
Sebagai sultan yang telah dipilih oleh mesyuarat Dewan ini pada 28 Mei
2014, beta wajib memenuhi tanggungjawab untuk memelihara adab dan adat
yang telah diwariskan turun-temurun sejak daripada Sultan Perak yang
pertama.
Setiap negara ada adabnya. Adab melibatkan aspek-aspek moral, perilaku,
perbuatan baik, kesantunan, kesopanan dan kemanusiaan. Malah, kemajuan
sesebuah negara bergantung pada warga yang mengamalkan disiplin tinggi,
kesusilaan terpuji, beradab sopan terhadap negara dan menghormati
lambang kedaulatan negara.
Setiap warga ada adatnya, ditakrifkan secara umum sebagai satu aturan
cara hidup, prinsip pegangan dan kepercayaan yang timbul daripada
pemikiran lalu mempengaruhi tingkah laku. Adat adalah hukum norma yang
dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Dalam bahasa Melayu lama, adat sebenarnya merujuk kepada undang-undang
yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi, malah undang-undang
samudera. Hukum adat adalah hukum yang berlandaskan kebiasaan
turun-temurun. Kerana adat itu secara konvensyen dianggap sebagai
undang-undang, lahir pepatah dalam masyarakat Melayu, yang sedia mati
anak daripada mati adat. Pepatah ‘Biar Mati Anak, Asalkan Tidak Mati
Adat’ memperlihatkan masyarakat Melayu amat menghormati undang-undang.
Undang-undang sama sekali tidak akan dikompromikan walaupun yang
melakukan kesalahan itu adalah anak sendiri. Adat ialah peraturan hidup,
adat ialah gagasan kebudayaan. Masyarakat dan anggota masyarakat yang
menghormati dan menghargai adat adalah masyarakat dan anggota masyarakat
yang hidup bertatacara.
Adat berfungsi membentuk sebuah masyarakat berdisiplin yang maju,
dinamik dan progresif. Adat itu mencerminkan jiwa dan keperibadian
sesuatu masyarakat - jiwa dan keperibadian sesuatu warga - jiwa dan
keperibadian sesuatu bangsa.
Oleh itu, Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV ini adalah istiadat yang
dianjurkan dengan tujuan untuk menziarahi semula adab dan adat negeri
beraja - rakyat bersultan, agar semangat kenegaraan dan semangat
ketatanegaraan dapat difahami, di apresiasi dan dihayati oleh rakyat
jelata.
Ia bukan istiadat semata-mata untuk batang tubuh individu seorang Raja,
tetapi ia adalah istiadat menabalkan raja yang bertakhta, lambang
kedaulatan negara - payung penyatuan warga; sementara Raja Pemerintah
pula turut diamanahkan dengan tanggung jawab sebagai pelindung dan
pemelihara (protector and custodian) kepada adab, adat dan budaya
bangsa.
Raja yang ditabalkan itu adalah pemegang watak utama untuk menghubungkan
tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kembali sejarah dan keagungan
tamadun bangsanya, yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh
adab lagi beradat, mengandungi komponen-komponen kekayaan sejarah,
keagungan tamadun, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan
asas untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdisiplin, maju,
moden lagi progresif. Ia menjadi amat relevan, bertambah relevan malah
semakin relevan ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan pelbagai
perbuatan subversif budaya dan sabotaj budaya.
Kebelakangan ini, perbuatan mahu mengetepikan adab malah memijak adat
semakin kelihatan; perbuatan yang dipelopori oleh kalangan yang buta
huruf atau illiterate terhadap sejarah negaranya, kalangan yang cetek
tentang tamadun bangsanya, kalangan yang berminda budaya pelarian,
(refugee minded culture); minda yang terapung-apung, minda yang tidak
ada akar budaya lalu melanggar adab dan menyisihkan adat; mengingatkan
Beta kepada pantun Melayu lama:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
Terlalu mahal - terlalu berharga untuk tamadun yang telah dibina dan
tercatat dalam sejarah bangsa untuk boleh dibenarkan dirompak, dirampas,
dimusnahkan dan dinyahkan dari bumi bersejarah ini kerana perbuatan
yang dicetuskan oleh individu dan organisasi tertentu yang longgar
pegangan adatnya dan kosong fahaman adabnya.
Individu dan organisasi yang cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya
tidak boleh diajar tetapi bernafsu besar untuk memperkenalkan orde
baharu dan tatacara baharu; berkelakuan sumbang tidak bertempat,
mempromosikan budaya yang sangat asing dan bercanggah dengan adat dan
adab bangsa yang selama hari ini amat mengutamakan sifat santun dan
hormat serta suasana rukun lagi harmoni. Bangsa perlu disedarkan untuk
menolak perbuatan pencerobohan budaya yang semakin melanggar sempadan
adab dan adat daripada terus berlaku. Bangsa tidak boleh dibenarkan
menjadi warga yang tidak bertamadun, miskin adab - papa adat.
Istiadat pertabalan ini adalah peristiwa yang wajib diusahakan secara
bersama untuk membina jati diri rakyat daripada diresapi oleh
racun-racun yang mahu memusnahkan tamadun bangsa.
Beta mentakrifkan acara-acara yang Beta akan alami sepanjang istiadat
pertabalan ini adalah acara-acara yang dapat menyediakan ruang membawa
Beta mengenali lebih dekat - lebih rapat majoriti rakyat di negeri Perak
Darul Ridzuan, rakyat daripada pelbagai strata sosial dan ekonomi,
rakyat dari pelbagai agama, rakyat dari pelbagai kaum dan rakyat
daripada pelbagai lapisan usia.
Istiadat pertabalan ini hendaklah dijadikan platform untuk rakyat
disatukan dalam semangat kenegerian dan kenegaraan, menerima dan
menghormati perbezaan, sama-sama berazam untuk teguh bersatu dalam
kepelbagaian, membina negara bangsa yang bertamadun lagi dihormati.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan mengurniakan rahmat dan
kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini. Semoga Allah Subhanahu
Wata’ala senantiasa memberikan hidayat, petunjuk dan panduan membolehkan
Beta menyempurnakan amanah dengan adil lagi saksama.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ