Selasa, 24 Februari 2015

Kawan lawan kawan.

بسم الله الرحمن الرحيم.


DAP menyerang kawannya, PAS ekoran PAS nak meneruskan hasrat melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hukum hudud dan qisas di negeri Kelantan.

Pelik tak? Ho, tak kot! Hairan tak? Eh, apa yang nak dihairankan?

Kenapa tak pelik tak hairan?

Kerana DAP tu sekular. Dalam mukadimah Fasal 2 Matlamat-matlamat Perlembagaan DAP;

“Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.”.

Matlamat ke-2;

“2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;”.

Jelas DAP tu sekular. Sekular tu apa?

KAMUS DEWAN Edisi Ketiga muka surat 1213 mentakrifkan sekular;

sekular berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan ~; pendidikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau berkaitan dgn keagamaan;
mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk  ~  sistem perundangan Islam;
kesekularan keadaan sekular;
pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi.
sekularis orang yg menganut fahaman sekularisme.
sekularisasi pensekularan.
sekularisme faham (doktrin, pendirian, dsb) yg menolak nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia.
sekularistik bersifat (mengamalkan) sekularisme: apa jua bentuk pemisahan dan pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan sikap ~.

Memang logiklah bila DAP terus-terusan membantai PAS sebab ‘Hudud’. Bukankah UMNO pun tolak ‘Hudud’?

Mengikut maklumat yang ada, UMNO tak tolak ‘Hudud’ bahkan meminta supaya kajian terhadap ‘Hudud’ dibuat dengan lebih teliti lagi oleh PAS. Buktinya UMNO sokong ‘Hudud’ diteruskan di Kelantan. Dahulu Melayu berpecah kerana 'Hudud'. Semoga Melayu kembali bersatu kerana 'Hudud'.

الله المستعان وعليه التكلان.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan