بسم الله الرحمن الرحيم
Pertamanya, alhamdulillah kerana sebahagian tempat sudah pulih dan semakin surut. Berbalik kepada isu kenapa tak isytihar darurat; dari bacaan saya di mykmu dan malaysiakini, dapatlah disimpulkan beberapa poin.
Sungguhpun kita mahu menyelamatkan semua orang dalam banjir ini, ATM tidak boleh mengerahkan sebahagian besar kekuatannya ke negeri-negeri terbabit kerana tugas mereka menjaga keselamatan negara.
Kita juga kena faham sebahagian besar Askar dilatih membunuh orang dan mempertahankan negara. Hanya sebahagian kecil mereka dilatih sebagai pasukan penyelamat taktikal.
Maknanya jika dikerahkan seluruh angkatan tentera pun mereka belum tentu mampu melakukan tugas menyelamat yang lebih baik seperti pasukan bomba, jabatan pertahanan awam dan Polis Di Raja Malaysia.
Insurans.
Apabila isytihar darurat, Insurans tidak lagi akan membiayai apa-apa tuntutan pemegangnya biarpun mereka memiliki insurans untuk bencana alam.
Jika mengisytihar darurat boleh menyelesaikan masalah banjir kerajaan akan isytiharkan. Malangnya ia tidak mengubah apa-apa, jadi mengapa kerajaan perlu isytihar darurat yang hanya akan menimbulkan masalah lain dan tidak menyelesaikan masalah sedia ada.
Itulah antara rasionalnya. Bersatulah dalam mengharungi musibah yang melanda ini. Teruslah beristighfar dan berdoa.
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لا إِلَه
إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَني وأَنَا عَبْدُكَ ، وأَنَا على عهْدِكَ ووعْدِكَ
ما اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما صنَعْتُ ، أَبوءُ لَكَ
بِنِعْمتِكَ علَيَ ، وأَبُوءُ بذَنْبي فَاغْفِرْ لي ، فَإِنَّهُ لا يغْفِرُ
الذُّنُوبِ إِلاَّ أَنْتَ
اللهُمَّ ياكافِيَ البَلاءِ اكْفِنا البَلاءَ قَبْلَ نُزولِهِ مِنَ السَّماءِ يا الله ياالله ياالله ياالله ياالله ياالله ياالله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan