Khamis, 16 Oktober 2014

Maklumbalas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) terhadap laporan Sinar Harian.

بسم الله الرحمن الرحيم

MAKLUMBALAS LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 12 OKTOBER 2014 DAN 14 OKTOBER 2014 TENTANG PENGANJURAN OKTOBERFEST MELAKA 2014 (Sinar Harian: ) - MOTOUR

Berdasarkan laporan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Oktober 2014 dan 14 Oktober 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah dikaitkan dengan penganjuran acara Octoberbest Melaka, yang dikatakan akan berlangsung pada 18 Oktober 2014 di Jonker Walk, Melaka.
3.         Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ingin menegaskan bahawa Kementerian ini TIDAK terlibat dalam penganjuran acara Octoberfest di mana-mana negeri.
4.         Pihak Kementerian difahamkan bahawa acara yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan anjuran pihak swasta. Pihak Kementerian tidak pernah sekalipun terlibat dalam menyokong mahupun menyumbang kepada acara ini.
5.         Sehubungan itu, pihak Kementerian ingin menyatakan bahawa laporan oleh Sinar Harian tersebut adalah tidak tepat sama sekali.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah,

(DR. AMERJIT SINGH A/L S.BHAG SINGH)
Ketua Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Sumber:http://bpa.bernama.com/details.php?id=5073

Tiada ulasan:

Catat Ulasan